Lanjut kontrak pegawai perubatan untuk tangani Covid-19, MMA beritahu Putrajaya

0

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengumumkan 1,000 doktor pelatih akan ditempatkan di hospital kerajaan seluruh negara untuk menyokong kakitangan perubatan menangani wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya memperbaharui kontrak pegawai perubatan yang tamat kontrak 2 tahun dengan kerajaan bagi membantu usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Presiden MMA Dr N Ganabaskaran dalam satu kenyataan berkata, langkah ini akan menambah golongan yang terlatih ke dalam inisiatif itu.

Badan itu juga menggesa kerajaan supaya memperluaskan kontrak jangka pendek profesional perubatan yang akan bersara untuk bekerja di wad, klinik dan pusat operasi dengan profesional dalam kalangan generasi muda yang berkhidmat di barisan hadapan.

Badan perubatan itu berkata, klinik pertama juga harus digerakkan untuk menguruskan situasi rawatan Covid-19.

Dr N Ganabaskaran

“Malaysia mempunyai 7,000 GP (doktor perubatan) di seluruh negara yang boleh menyokong Kementerian Kesihatan dalam proses saringan. Mereka adalah doktor yang berpengalaman dan terlatih dan mempunyai akses lebih luas kepada rakyat.”

MMA berkata negara jiran seperti Singapura sudah pun menggunakan pendekatan yang sama untuk mengurus wabak tersebut di negara mereka.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengumumkan 1,000 doktor pelatih (housemen) akan ditempatkan di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menyokong kakitangan perubatan dalam menangani wabak Covid-19.

“MMA ingin menjelaskan bahawa 1,000 ‘housemen’ ini akan menjadi bantuan tambahan di wad, tetapi tidak di barisan hadapan.

“1,000 doktor pelatih ini juga adalah daripada proses pengambilan kakitangan kesihatan awam yang sedang berjalan, paling baru bagi kemasukan April 2020.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,365.30
Ethereum (ETH) RM10,625.87
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,744.18
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.06
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM3.26
Solana (SOL) RM715.95
Dogecoin (DOGE) RM0.921693
Polkadot (DOT) RM20.04
Polygon (MATIC) RM0.993121
Lido Staked Ether (STETH) RM10,618.25
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM97.43