LAZADA Malaysia menawarkan penghantaran percuma dengan jaminan harga terendah dan tawaran Flash Sale sempena jualan ulang tahun kelapannya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, pengalaman membeli-belah pelanggan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.
“Melihat kepada situasi semasa yang menekankan keselamatan dan kemudahan, pelanggan boleh membeli barangan keperluan harian mereka dengan selesa di rumah.
“Secara tidak langsung, ini juga dapat membantu komuniti e-dagang kami memberikan penyelesaian terbaik untuk penjual dan rakan jenama kami,” katanya.
Sejak Januari lalu, Lazada menyaksikan peningkatan jualan barangan keperluan harian dan produk penjagaan peribadi di Malaysia.
Menurutnya, dengan kebanyakan syarikat mula melaksanakan polisi bekerja dari rumah baru-baru ini, ada peningkatan untuk kategori barangan lain seperti barangan berkaitan IT, perisian dan komputer apabila pembeli ingin mengadaptasi cara yang lebih produktif untuk suasana bekerja di rumah.
Sepanjang tempoh kempen ulang tahun ini, pelanggan boleh menikmati lebih tawaran Flash Sale yang menjanjikan lebih banyak pilihan barangan pada harga lebih rendah.
Jualan dalam talian ulang tahun kelapan Lazada bermula pada 27 Mac dan dalam tempoh 24 jam jualan dalam talian ini berlangsung, pelanggan boleh membuat pembelian barangan harian, barangan kesihatan dan juga barangan keperluan lain.