Lebih RM1.4 juta ketamin dirampas, pelajar antara 4 lelaki ditahan

0

Muhamad Zaki Harun (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada 25.5kg ketamin yang dirampas Jumaat lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan penemuan 25.5kg ketamin bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang mengesan sebuah Perodua Myvi berhenti tergesa-gesa sejauh 200m dari sekatan jalan raya di kampung itu.
“Pemandu dan penumpang kereta itu melarikan diri, manakala pemeriksaan di but kenderaan yang ditinggalkan itu menemui 26 peket plastik lutsinar disyaki dadah yang diletakkan dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam,” katanya menurut laporan Bernama.
Susulan itu, katanya, empat lelaki berusia 16 hingga 30 tahun itu ditahan di Pasir Mas menerusi empat serbuan pada hari sama hingga semalam.

Beliau berkata, mereka direman sehingga 13 Jan ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah itu diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.
Dalam kes berasingan, Zaki berkata, dua pemandu lori berusia 28 tahun ditahan di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.
Muhamad Zaki Harun (dua dari kiri) menunjukkan lori simen yang digunakan untuk menyeludup 2,000kg daun ketum. (Gambar Bernama)
“Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000kg daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan.”

Katanya, dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM454,435.39
Ethereum (ETH) RM11,128.88
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,907.05
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.50
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM720.12
Dogecoin (DOGE) RM0.924038
Polkadot (DOT) RM18.79
Polygon (MATIC) RM0.950125
Lido Staked Ether (STETH) RM11,111.53
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM97.07