Lelaki ditahan dera kucing

0

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menarik seekor kucing menggunakan tali diikat pada leher haiwan itu. (Gambar File)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki disyaki mendera kucing dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata video sembilan saat itu dimuat naik pengguna TikTok kira-kira 5.26 petang kelmarin.

“Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat di leher haiwan itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya pada 6.10 petang Ahad,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields 03-22979222.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,113.16
Ethereum (ETH) RM7,650.07
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,534.88
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM8.97
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM2.80
Solana (SOL) RM618.28
Dogecoin (DOGE) RM0.723918
Polkadot (DOT) RM16.51
Polygon (MATIC) RM0.920814
Lido Staked Ether (STETH) RM7,646.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM81.14