Lesap RM619,419 akibat permainan Bitcoin

0

Polis berkata semua pelaburan hanya dilakukan suspek dan pengadu hanya boleh nampak keuntungan melalui gambar dihantar suspek tanpa akses kepada mana-mana laman pelaburan Bitcoin tidak wujud itu.

PETALING JAYA: Seorang pengurus jualan kerugian RM619,419 akibat terpedaya pakej permainan Bitcoin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki 51 tahun itu melayari laman Facebook pada 10 Okt lalu dan mengenali seorang wanita sebelum berkomunikasi melalui WhatsApp.

Katanya mangsa berminat dengan beberapa pakej permainan Bitcoin ditawarkan pada 22 Okt lalu, tetapi tiada wang untuk memulakan permainan.

“Suspek kemudian menawarkan kepada mangsa untuk membuka akaun permainan dan mendapat USD1,000 (RM4,646) secara percuma,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata suspek kemudian mengajar pengadu cara bermain dan menang serta mendapat keuntungan berganda.

Tetapi, katanya semua pelaburan hanya dilakukan suspek dan pengadu hanya boleh nampak keuntungan melalui gambar dihantar suspek tanpa akses kepada mana-mana laman sesawang pelaburan Bitcoin tidak wujud itu.

“Mangsa juga membuat bayaran ke 15 akaun bank berbeza, dengan 25 kali transaksi ke akaun sehingga mengalami kerugian sebanyak RM619,419,” katanya sambil menambah mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang pada 5 Jan lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM438,021.87
Ethereum (ETH) RM9,948.71
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,693.53
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM10.17
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.37
Solana (SOL) RM729.10
Dogecoin (DOGE) RM0.886459
Polkadot (DOT) RM19.75
Polygon (MATIC) RM1.09
Lido Staked Ether (STETH) RM9,902.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM99.11