Letupan Beirut: Ada tanda mangsa tertimbus masih hidup, kata penyelamat

0

Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat bawah runtuhan bangunan selepas letupan besar bulan lalu di Beirut. (Gambar AP)

BEIRUT: Pasukan penyelamat di Lubnan pada Khamis mengesan tanda-tanda mangsa yang tertimbus bawah runtuhan sebuah bangunan di Beirut masih hidup selepas letupan di sebuah pelabuhan berdekatan pada 4 Ogos.

Agensi berita Lubnan, NNA, melaporkan pasukan penyelamat mengesan pergerakan bawah sebuah bangunan yang musnah di kawasan perumahan Gemmayze, antara kawasan yang paling terjejas dengan letupan yang mengorbankan kira-kira 190 orang dan mencederakan 6,000 yang lain.

“Tanda-tanda ini (pernafasan dan nadi) dan pengimbas suhu menunjukkan ada kemungkinan mangsa yang masih hidup,” kata seorang penyelamat, Eddy Bitar kepada pemberita di kawasan kejadian.

Selepas beberapa jam menggali sisa runtuhan, operasi menyelamat terpaksa dihentikan kerana bangunan tidak selamat.

Seorang penyelamat memaklumkan jentera lebih besar diperlukan untuk menangkat runtuhan dengan selamat tetapi ia hanya boleh dibawa ke tempat kejadian pada pagi nanti.

“Banyak bahaya menanti penyelamat,” kata Michel el-Mur kepada pemberita.

“Ada 10 penyelamat di tempat kejadian dan kita tidak mahu merisikokan nyawa mereka.”

Pasukan penyelamat itu termasuk sukarelawan dari Chile, Lubnan, dan anggota pertahanan awam.

Orang ramai yang terdesak berhimpun di tempat kejadian kerana tidak berpuas hati usaha menyelamat dihentikan.

“Malulah! Kan ada nyawa terperangkap dalam tu!,” kata seorang wanita kepada askar Lubnan yang mengawal tempat kejadian.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM434,261.90
Ethereum (ETH) RM9,359.32
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,650.55
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.75
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.21
Solana (SOL) RM684.13
Dogecoin (DOGE) RM0.821157
Polkadot (DOT) RM18.95
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM9,348.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM93.64