LKAN: Ahli lembaga majlis profesor salah guna dana RM373,516

0

Majlis Profesor Negara ditubuhkan pada 2010 bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik berpengalaman untuk membantu kerajaan dalam agenda pembangunan negara.
PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan berlaku penyalahgunaan dana Majlis Profesor Negara (MPN) berjumlah RM373,516 melibatkan dua ahli lembaga pemegang amanahnya.
“Didapati dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta Syarikat 2016.
“Berlaku penyalahgunaan dana MPN bagi pembiayaan operasi kepada dua syarikat tersebut berjumlah RM373,516,” dedah laporan itu.
Laporan LKAN 2/2024 menyebut pembayaran elaun tetap pengerusi dan timbalan pengerusi MPN berjumlah RM207,000 juga dibuat tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.
Ketika ini, dua kerusi kanan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu diisi oleh Shamsul Amir Baharuddin dan Mohamed Mustafa Ishak.
MPN ditubuhkan pada 2010, bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik berpengalaman untuk membantu kerajaan dalam agenda pembangunan negara.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM447,047.18
Ethereum (ETH) RM11,048.16
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,826.35
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.30
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.35
Solana (SOL) RM740.07
Dogecoin (DOGE) RM0.971839
Polkadot (DOT) RM20.81
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM11,042.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM102.45