Maybank latih staf bukan kerani tingkat nilai kerja

0

Kuala Lumpur: Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memulakan program meningkatkan semua kakitangan bukan keraninya di seluruh negara yang berjumlah lebih 360 dengan peranan baharu menerusi Workplace Enablers bernilai RM500,000.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Manaf berkata, ia sebahagian daripada usaha berterusan menaik taraf kakitangannya dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam persekitaran kerja Revolusi Industri 4.0 dan pandemik Covid-19.

“Program unik ini dipercayai yang pertama di Malaysia akan memberikan kakitangan bukan kerani kemahiran baharu, yang akan mempercepat kemajuan kerjaya mereka dan memikul tanggungjawab lebih besar.

“Ini termasuk memberikan peluang kepada mereka untuk ditugaskan ke bahagian lain di bank di mana mereka dapat mempraktikkan kemampuan baharu mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, inisiatif itu komponen penting dalam usaha Maybank merancang semula tempat kerja bagi disesuaikan dengan persekitaran yang mengalami perubahan berterusan, terutama perubahan susulan digitalisasi serta pandemik.

“Melalui program ini, kami tidak hanya ingin melatih kaitangan bukan kerani malah meningkatkan nilai kerja mereka sehingga mempunyai motivasi untuk memberikan pengalaman dan layanan lebih baik di tempat kerja pada masa hadapan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,394.17
Ethereum (ETH) RM7,869.38
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,546.72
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.42
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM623.71
Dogecoin (DOGE) RM0.750834
Polkadot (DOT) RM17.17
Polygon (MATIC) RM0.99149
Lido Staked Ether (STETH) RM7,861.20
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM87.02