MCCC, DPIM syor pencarum KWSP diizin keluar 11%

0

SEMUA pihak perlu bertindak dengan tanggungjawab dan jaringan keselamatan mesti disediakan untuk pekerja, keluarga dan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kenyataan bersama, Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menggesa kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, kumpulan masyarakat awam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bekerjasama dalam beberapa langkah yang dicadangkan.

“Perlu ada garis panduan yang jelas, konsisten dan bersesuaian oleh pihak berkuasa dalam semua aspek PKP, memastikan tiada kekeliruan dan kekecohan dalam pelaksanaan serta penguatkuasaan yang ketat dengan lebih banyak sekatan jalan raya dan tindakan undang-undang kepada mereka yang melanggarnya,” katanya.

MCCC dan DPIM berkata, bantuan kewangan dan sosial yang mencukupi untuk kumpulan yang memerlukan sokongan termasuk isi rumah B40, ibu tunggal, mereka yang bergaji harian, golongan gelandangan, mereka yang mengalami gangguan mental, pekerja asing dan pelarian adalah perlu dalam tempoh itu.

“Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diberi kebenaran untuk mengeluarkan caruman mereka sebanyak 11 peratus untuk tempoh tiga hingga enam bulan lepas bagi meringankan kesukaran mereka dan ini amat penting bagi mereka yang sumber pendapatan utamanya adalah komisen.

“Pemantauan yang ketat ke atas barangan dan perkhidmatan asas juga penting untuk memastikan bekalan yang berterusan dan harga stabil,” katanya.

Dewan perniagaan itu turut menggesa penangguhan tempoh bayaran, mengecualikan atau mengurangkan cukai, sewa, fi dan caj utiliti oleh kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Bonus juga perlu diberikan kepada pengamal perubatan, polis dan anggota penguat kuasa undang-undang yang lain serta mereka yang berada di barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, lanjutan kepada tempoh bayaran balik pinjaman, mengecualikan penalti dan bantuan kewangan lain kepada perniagaan juga perlu untuk membolehkan perniagaan membayar pekerja mereka dengan tiada pendapatan, mengelak muflis dan pemberhentian pekerja serta menyokong mereka yang bekerja sendiri, pekerja dan penerima komisen.

“Selain itu, Majlis Keselamatan Negara perlu memantau penginapan, kebersihan dan keadaan hidup pekerja asing serta aktiviti mereka,” menurut MCCC dan DPIM.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,119.36
Ethereum (ETH) RM11,038.57
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,815.11
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM10.76
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.37
Solana (SOL) RM743.38
Dogecoin (DOGE) RM0.983312
Polkadot (DOT) RM20.83
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM11,026.73
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM103.87