Menarik… Majlis perkahwinan ala ‘drive thru’ elak sebar Covid-19

0

Idea majlis perkahwinan ‘drive thru’ dilihat mampu elak sebar Covid-19. (Gambar Twitter)

Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika musim cuti persekolahan ini sudah pasti ingin meraikannya bersama sanak saudara dan sahabat handai.

Ini kerana ketika musim cuti sekolah semua boleh mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun masalah wabak Covid-19 yang semakin menular membuatkan semua menjadi tidak keruan.

Tabung sumbangan turut disediakan untuk tetamu yang biasanya memberi sumbangan kepada pengantin. (Gambar Twitter)

Ini kerana arahan kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melarang untuk mengadakan sebarang perhimpunan atau berkumpul beramai-ramai termasuklah kenduri kendara.

Untuk menangguhkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang sejak sekian lama lagi mungkin akan menimbulkan masalah juga kerana semua keperluan sudah ditempah, silap-silap terpaksa menanggung kerugian pula.

Namun, baru-baru ini tular satu perkongsian yang di namakan “Majlis Kahwin Drive-Thru” di Facebook dan mungkin boleh memberi inspirasi kepada bakal pengantin diluar sana sepanjang musim Covid-19 ini.

“Majlis kahwin ‘drive-thru’ 2020”

Konsep perkahwinan yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini telah mendapat pujian ramai dan telah mendapat ribuan “Like” di Facebook dan Twitter.

Pengantin kemudiannya akan menyerahkan bungkusan makanan kepada tetamu yang kekal berada dalam kenderaan mereka. (Gambar Twitter)

Bukan itu sahaja, konsep yang ditonjolkan lebih selamat dan sangat sesuai dengan keadaan sekarang.

Perkongsian ini juga telah mencetus inspirasi kepada ramai bakal pengantin diluar sana yang tetap mahu meneruskan majlis mereka.

“Isyarat tangan sebagai tanda salam”

Isyarat tangan yang dilakukan kedua mempelai tanda salam kepada semua tetamu yang hadir.

Isyarat tangan sebagai tanda salam akan dilakukan elak daripada bersalaman seperti kebiasaannya. (Gambar Twitter)

Malah tetamu yang hadir juga tidak perlu bersusah payah keluar daripada kenderaan mereka.

Mereka hanya perlu pandu lalu dan akan disambut oleh pasangan pengantin dengan memberi isyarat tangan sebagai tanda salam.

“Tabung sumbangan sebagai pengganti salam keruk”

Duit “salam keruk” sangat sinonim dengan majlis kahwin.

Sudah menjadi kebiasaan tetamu yang datang akan menghulurkan duit sebagai tanda hadiah kepada pengantin.

Sekiranya para tetamu mahu memberikan sumbangan, mereka boleh meletakkan wang di dalam tabung sumbangan yang disediakan ketika mereka hendak berlalu pergi.

“Pihak pengantin hulur makanan kepada tetamu yang hadir”

Tiada meja makan yang disediakan. Pengantin sendiri akan menghulurkan bungkusan makanan kepada tetamu yang sudi hadir.

Menurut jurugambar, idea menarik ini hanya dilakonkan untuk mengetengahkan majlis perkahwinan yang sesuai dengan musim Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

 

Source link

Leave A Reply