Menteri agama baharu mampu bawa reformasi hal ehwal Islam, kata Jakim

0


Mohd Na’im Mokhtar ada pengalamam luas dalam pentadbiran hal ehwal Islam. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yakin Senator Mohd Na’im Mokhtar selaku Menteri Agama mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam selaras semangat kerajaan perpaduan yang berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata, ini berdasarkan latar belakang serta pengalaman luas bekas ketua hakim syarie dan ketua pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.

Beliau berkata JAKIM selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya pelantikan Menteri Agama kali ini juga mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang telah diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258, Mac lepas.

“Mewakili seluruh saf pengurusan dan warga Jakim, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Na’im sebagai menteri agama yang baharu dilantik.

“Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat kepada menteri serta sentiasa diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau antara 27 ahli Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu beliau dan empat lagi ahli Jemaah Menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuatkuasa hari ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM466,245.29
Ethereum (ETH) RM10,774.57
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,887.52
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.27
Solana (SOL) RM734.27
Dogecoin (DOGE) RM0.989304
Polkadot (DOT) RM20.42
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM10,773.11
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM98.18