Minoriti perlu wakil dalam kerajaan tempatan, bukan macam GRC Singapura, kata aktivis

0

Koordinator Center for Orang Asli Concerns (COAC) Colin Nicholas berkata, wakil minoriti dalam majlis tempatan akan lebih bermanfaat bagi komuniti itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Aktivis Orang Asli berkata, lebih baik masyarakat minoriti diwakili dalam kerajaan tempatan berbanding Parlimen negara meniru sistem perwakilan kumpulan dilaksanakan Singapura.

Koordinator Center for Orang Asli Concerns (COAC) Colin Nicholas berkata, perwakilan Parlimen mungkin tidak membawa manfaat sepertimana wakil dalam majlis tempatan, yang bertanggungjawab atas khidmat serta kemudahan awam dalam kawasan perbandaran tempatan.

“Pilihan raya bagi kerajaan tempatan sangat penting, memandangkan di situlah keputusan dibuat berhubung pembangunan dan pelan induk di kawasan itu.

“Jika ahli majlis tempatan dipilih, mereka tidak akan menentang komuniti, takut mereka tidak akan dipilih lagi,” katanya kepada FMT.

Nicholas juga berkata, mempunyai wakil dalam kerajaan tempatan yang faham masalah dihadapi minoriti akan lebih membawa manfaat kerana dan hak dan kebajikan masyarakat itu akan dilindungi sebaiknya.

“Walaupun mahkamah mengiktiraf ‘common law’, penebangan hutan berleluasa dan pembangunan komersial telah menceroboh kawasan Orang Asli. Ini dapat dielak jika kita ada wakil dalam kerajaan tempatan,” katanya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mencadangkan agar Malaysia mengguna pakai sistem seperti GRC Singapura bagi meningkatkan perwakilan minoriti dalam Parlimen.

Sistem GRC Singapura diperkenal pada 1988 untuk memastikan etnik minoriti diwakili di Parlimen. Akta Pilihan Raya Parlimen di negara itu menghendaki sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimen wakil GRC.

Dalam sistem GRC, pengundi memilih sekumpulan tiga hingga enam individu sebagai Ahli Parlimen, yang mesti sama ada daripada parti politik sama atau kesemuanya bebas.

Sekurang-kurangnya seorang daripada Ahli Parlimen dalam kumpulan mewakili GRC mesti daripada komuniti minoriti.

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, walaupun sistem GRC akan menyaksikan pertambahan wakil minoriti, namun objektif sebenar dalam demokrasi adalah mendapat perwakilan bermakna menerusi kualiti kepimpinan.

“Perwakilan bermakna adalah apabila masyarakat secara umumnya dirunding melibatkan dasar. Matlamatnya adalah wakil itu mewakili dan memperjuangkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya tanpa takut hilang undi daripada mana-mana kumpulan etnik,” katanya.

Santiago berkata, sistem GRC mungkin sekadar bersifat “kosmetik” dan boleh mengekang kemajuan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dengan memecahkan lagi etnik.

Dalam pada itu, Bersih mengalu-alukan idea GRC dengan berkata, reka bentuk semula sistem demokrasi Malaysia dapat memastikan “keunikan demografi” negara diterjemah dalam Parlimen.

“Saya percaya tiba masa untuk kita berbicara tentang perubahan sistem pilihan raya untuk kita mencari sistem yang mencerminkan realiti demografi semasa dan cabarannya,” kata Pengerusi Bersih Thomas Fann.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM448,812.83
Ethereum (ETH) RM10,718.62
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,806.70
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.18
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.43
Solana (SOL) RM743.00
Dogecoin (DOGE) RM0.998967
Polkadot (DOT) RM21.79
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM10,712.95
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.12
Avalanche (AVAX) RM105.88