HONDA menawarkan penurunan harga sehingga RM9,502.47 berkuat kuasa hari ini berikutan pengecualian cukai jualan seperti diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama dalam kenyataan berkata, pengumuman harga baharu itu selaras dengan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya.
Menerusi pelarasan harga baharu, model CKD iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63.
Sementara, model CBU iaitu Odyssey turun sebanyak RM9,502.47
“Harga baharu ini berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Disember 2020,” katanya.
Selain harga baharu, pelanggan juga akan menikmati promosi istimewa menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.
Menurutnyam, syarikat menghargai sokongan kerajaan terhadap sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif berkenaan.
“Dengan ini, kami menawarkan penjimatan dari pengecualian cukai kepada pelanggan kami.
“Honda Malaysia berharap pengurangan harga ini akan membolehkan pelanggan memiliki model Honda.
“Kami yakin Penjana akan akan membantu menghidupkan kembali industri dan menghasilkan kesan domino untuk ekonomi secara umum.
“Honda Malaysia akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyokong rancangan kerajaan untuk membantu pemulihan ekonomi negara kesan daripada Covid-19,” katanya.
Senarai harga baharu model Honda:
Jazz
S
Standard RM72,511.54 (RM2,788.46)
White Orchid Pearl RM72,620.64 (RM2,799.36)
E
Standard RM78,161.82 (RM3,238.18)
White Orchid Pearl RM78,270.91 (RM3,249.09)
V
Standard RM84,955.45 (RM3,744.55)
White Orchid Pearl RM85,064.54 (RM3,755.46)
City
S
Standard RM75,295.36 (RM3,204.64)
White Orchid Pearl RM75,404.45 (RM3,215.55)
E
Standard RM80,978.91 (RM3,621.09)
White Orchid Pearl RM81,088.00 (RM3,632.00)
V
Standard RM87,600.63 (RM3,999.37)
White Orchid Pearl RM87,709.73 (RM4,010.27)
BR-V
E
Standard RM86,726.00 (RM3,174.00)
White Orchid Pearl RM86,998.73 (RM3,201.27)
V
Standard RM93,420.27 (RM3,479.73)
White Orchid Pearl RM93,693.00 (RM3,507)
HR-V
E
Standard RM104,000.21 (RM4,799.79)
White Orchid Pearl RM104,272.94 (RM4,827.06)
V
Standard RM113,421.92 (RM5,378.08)
White Orchid Pearl RM13,694.65 (RM5,405.35)
RS
Standard RM118,581.81 (RM6,218.19)
White Orchid Pearl RM18,854.54 (RM6,245.46)
Civic
1.8S
Standard RM109,326.51 (RM4,273.49)
White Orchid Pearl RM109,599.24 (RM4,300.76)
1.5 TC
Standard RM125,081.09 (RM4,518.91)
White Orchid Pearl RM125,353.82 (RM4,546.18)
1.5 TC-P
Standard 139,600 134,661.28 4,938.72
White Orchid Pearl 139,900 134,934.00 4,966.00
CR-V
2.0 2WD
Standard RM144,629.66 (RM6,470.34)
White Orchid Pearl RM144,993.30 (RM6,506.70)
1.5 TC 2WD
Standard RM157,243.00 (RM6,457)
White Orchid Pearl RM157,606.64 (RM6,493.36)
1.5 TC 4WD
Standard RM162,871.46 (RM6,628.54)
White Orchid Pearl RM163,235.09 (RM6,664.91)
1.5 TC-P 2WD
Standard RM168,465.73 (RM7,434.27)
White Orchid Pearl RM168,829.37 (RM7,470.63)
Accord
1.5 TC
Standard RM178,203.00 (RM7,697)
Platinum White Pearl RM178,566.64 (RM7,733.36)
1.5 TC-P
Standard RM187,390.73 (RM8,509.27)
Platinum White Pearl RM187,754.37 (RM8,545.63)
Odyssey
2.4 EXV Standard RM249,393.53 (RM9,502.47)