Modenas teruskan kerjasama dengan Kawasaki

0

PELANCARAN Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) turut menyaksikan lanjutan kerjasama antara Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) dan Kawasaki Heavy Industries (KHI), Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, KHI sudah meningkatkan pegangan saham mereka sebanyak 30 peratus ke atas syarikat itu sejak Mei tahun lalu dan itu membolehkan model Kawasaki dipasarkan untuk Modenas.

“Model pertama hasil kerjasama itu ialah daripada Ninja 250 SE ABS dengan penarafan Euro 4 yang setakat ini belum lagi dipasarkan di Malaysia kerana model sedia ada masih menggunakan Euro 3.

“Ia bakal dilancarkan pada separuh tahun kedua 2020 dengan logo Modenas serta model lain di bawah 700cc untuk pasaran tempatan,” katanya.

Menurutnya, selain itu pelaburan sebanyak RM5 juta diperuntukkan Modenas untuk menambah kelengkapan dan peralatan memasang model Kawasaki di kilang pemasangan di Gurun, Kedah.

Menyentuh perkembangan dengan pengeluar motosikal Bajaj Auto Ltd (Bajaj) dari India, Roslan berkata, mereka tetap meneruskan kerjasama yang dimulakan sejak tiga tahun lalu.

“Segmen dan pembeli untuk motosikal Bajaj oleh Modenas adalah berbeza kerana ia menawarkan harga mampu milik untuk motosikal street daripada 200 hingga 400cc,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM445,710.37
Ethereum (ETH) RM10,358.18
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,804.55
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.31
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.45
Solana (SOL) RM735.95
Dogecoin (DOGE) RM0.969451
Polkadot (DOT) RM21.70
Polygon (MATIC) RM1.10
Lido Staked Ether (STETH) RM10,357.93
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.12
Avalanche (AVAX) RM105.02