‘Move on’, ada isu rakyat lebih penting, kata Saifuddin

0

Kontroversi tercetus selepas tular sebuah rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway menjual stoking tertera kalimah Allah pada 13 Mac. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA: Tidak wajar polemik stoking tertera kalimah Allah berterusan lebih panjang kerana ada isu rakyat lagi penting untuk diselesaikan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menegaskan, isu itu dibincangkan terlalu lama sedangkan pihak berkuasa sudah mengambil tindakan sewajarnya.
“(Isu stoking) Apakah kita mahu dilanjutkan? Tidak…dalam keadaan nak urus isu rakyat dan negara, ekonomi, subsidi, segala macam tiba-tiba berminggu-minggu fokus isu ini.
“Pendekatan lebih baik di mana selesaikan siasatan dibawa ke muka pengadilan dan ‘move on’. Takkan nak berlegar atas isu ini sahaja,” katanya ketika sesi soal jawab bersama pengurusan tertinggi kementerian, jabatan, agensi dan pengamal media.
Saifuddin berkata, isu melibatkan nama Allah memang besar namun pihak berkuasa juga tidak lepas tangan dalam menanganinya.
“Pertama ada laporan polis, siasatan lengkap, pertuduhan dibuat dan keempat, biar jalur hukum menentukan.
“Apakah kalau ada elemen nama Allah isu besar, ya…tapi untuk terus ke depan apa tindakan perlu diambil, sekarang tindakan sedang diambil. Apakah polis diberi arahan ini boleh…itu tak, (sudah tentu) tidak,” tegasnya.
Terdahulu, FMT melaporkan lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart dan pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok, berhubung penjualan stoking kalimah Allah.
Semua pengarah KK Mart akan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melukakan perasaan agama seseorang, manakala pengarah Xin Jian Chang akan dituduh bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
Kontroversi tercetus selepas tular sebuah rangkaian kedai serbaneka itu di Bandar Sunway, menjual stoking tertera kalimah Allah pada 13 Mac.
Susulan itu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyeru masyarakat memboikot kedai serbaneka tersebut.
Pengasas KK Mart, KK Chai, mengemukakan permohonan maaf atas kontroversi itu pada sidang media 16 Mac lalu, disertai pengurusan tertinggi syarikat dan Pemilik Xin Jian Chang, Soh Chin Huat.Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Mereka berkata stoking itu diimport dari China.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM418,847.25
Ethereum (ETH) RM7,975.22
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,595.90
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.58
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM652.87
Dogecoin (DOGE) RM0.785502
Polkadot (DOT) RM18.21
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,972.12
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM94.79