Nahas helikopter: BSKU selesai siasatan di lokasi

0

Nahas berlaku semalam di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur itu melibatkan helikopter Bell 206L4, mengorbankan seorang jurutera warga Indonesia. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) selesai menjalankan siasatan di lokasi nahas helikopter di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan di lokasi selesai pada 3.30 petang dan bangkai pesawat telah diserahkan kepada MHS Aviation Berhad bagi tindakan lanjut, lapor Bernama.
Nahas berlaku semalam di Batu 9 itu melibatkan helikopter Bell 206L4 yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak, mengorbankan jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27.
Bagaimanapun, juruterbang helikopter itu, yang juga warga Indonesia terselamat.
Hasil bedah siasat yang selesai hari ini mengesahkan kematian jurutera itu disebabkan ‘kecederaan di kepala akibat bilah rotor susulan kemalangan helikopter’.
“Pengecaman mayat mangsa juga telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa yang hadir membuat pengesahan pada 3.30 petang tadi,” kata Zaiham.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM419,259.79
Ethereum (ETH) RM7,979.99
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,592.87
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.59
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.01
Solana (SOL) RM640.68
Dogecoin (DOGE) RM0.783493
Polkadot (DOT) RM17.93
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,976.93
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.37