Najib gesa tindakan tegas ke atas ‘pengkhianat’ seludup PATI

0

PATI di Sabah dipersalahkan atas lonjakan kes Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Najib Razak menggesa tindakan lebih tegas terhadap rakyat Malaysia yang menyeludup pendatang asing tanpa Izin (PATI), kumpulan dipersalahkan atas penularan Covid-19, susulan lonjakan kes baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, hukuman perlu termasuk penjara untuk penyeludup dan individu bersubahat dengan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Tanpa bantuan khianat warga Malaysia, ianya jauh lebih susah untuk PATI menceroboh negara.

“Apa yang halang kerajaan untuk memberi amaran umum serta tegas kepada warga-warga asing yang ingin menjadi PATI ke Malaysia bahawa Malaysia akan tingkatkan hukuman yang jauh lebih berat bermula hari ini?” tulisnya di Facebook pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu hairan apa yang menghalang kerajaan daripada memberi ganjaran kepada rakyat yang tinggal di “hotspot penyeludupan PATI” atas maklumat yang boleh mematahkan sindiket penyeludupan PATI.

Beliau mendapati mutasi virus Covid-19 dibawakan 2 PATI yang ditahan di lokap Lahad Datu yang menjejaskan Sabah dan kemudiannya menyebabkan seluruh negeri itu dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Katanya, dari Januari hingga 13 Okt lalu, seramai 12,877 PATI ditahan di Sabah saja dan ketika pelaksanaan PKPB, 60 lagi PATI, 3 tekong dan 3 penyeludup ditahan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, jumlah PATI yang ditahan setiap hari mencecah puluhan orang, manakala kes Covid-19 di Sabah turut meningkat, dengan 493 kes dilaporkan pada Jumaat.

“Sejak bulan April, saya sudah sarankan beberapa kali sebab saya ramal ini adalah antara risiko terbesar Covid menular semula dalam negara.

“Majlis Keselamatan Negara bila nak pertimbangkan?”

Najib berkata, sudah tiba masanya untuk Putrajaya menjaga rakyat dan mengurangkan pencerobohan individu yang mungkin membawa virus itu.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, lonjakan kes Covid-19 berpunca daripada PATI yang memasuki Sabah.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,560.17
Ethereum (ETH) RM7,750.27
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,519.96
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.25
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM625.67
Dogecoin (DOGE) RM0.738527
Polkadot (DOT) RM16.96
Polygon (MATIC) RM0.989393
Lido Staked Ether (STETH) RM7,745.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.40