NE-YO LIVE IN MALAYSIA, TIKET KONSERT MULA DIJUAL PADA 5 DISEMBER 2022

0

NE-YO LIVE IN MALAYSIA, TIKET KONSERT MULA DIJUAL PADA 5 DISEMBER 2022 | Assalammualaikum semua! Siapa membesar dengan lagu-lagu NE-YO? Angkat tangan! Kita sama! Hehehe. Apa persamaan Ruby dengan Ne-Yo? Birthday kami sama tarikh. 18 Oktober setiap tahun kami meraikannya. Hahaha. 

Shaffer Chimere Smith (lahir 18 Oktober 1979), dikenali secara profesional sebagai Ne-Yo, ialah seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon, penari, dan penerbit rekod Amerika. Dia mendapat kemasyhuran kerana kebolehannya menulis lagu apabila dia menulis hit Mario 2004 “Let Me Love You”. 

Pelancaran single yang berjaya mendorong pertemuan antara Ne-Yo dan presiden Def Jam pada masa itu, Jay-Z, menghasilkan kontrak rakaman yang lama. Lagu-lagu Ne-Yo semua best. Cuma paling Ruby suka adalah lagu So-Sick. Duuu duuuu duuuu. 

And I’m so sick of love songs

So tired of tears

So done with wishing

You were still here

Said, I’m so sick of love songs

So sad and slow

So why can’t I turn off the radio?

NE-YO LIVE IN MALAYSIA, TIKET KONSERT MULA DIJUAL PADA 5 DISEMBER 2022

NE-YO Live In Malaysia

Tarikh: 21 Januari 2023

Masa: 8:00 malam

Lokasi: Dewan Plenary KLCC

Hitman Solutions Bawakan Bintang Antarabangsa Dari Amerika Syarikat Dalam Sebuah Konsert Penuh Nostalgia. Baharu sahaja melabuhkan tirai ‘Raisa Live In Malaysia’, jenama penganjur acara disegani, Hitman Solutions kembali membawakan hiburan berterusan demi memenuhi selera penggemar konsert yang dahagakan persembahan ‘live’. 

Kali ini mereka beralih ke negara barat pula dengan membawakan ‘NE-YO Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada tahun hadapan, 21 Januari 2023, bermula jam 8:00 malam eksklusif di Dewan Plenary KLCC.

Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, “Menakjubkan! Itu di antara komen-komen yang dilontarkan oleh pengunjung yang hadir menonton konsert ‘Raisa Live In Malaysia’ tempoh hari, ramai mengatakan yang mereka masih belum bisa ‘move on’ dari persembahan memukau Raisa dan penantian selama 12 tahun mereka akhirnya berbaloi.

“Walaubagaimanapun, mereka berharap agar Raisa segera kembali ke Malaysia dengan persembahan yang lebih baik lagi dan lokasi yang lebih besar.”

Kini, Hitman Solutions terbang jauh ke Amerika Syarikat pula untuk membawakan hiburan oleh bintang ternama yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan bertaraf global iaitu NE-YO dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminat muzik pop R&B.

“Kita semua membesar dengan lagu-lagu nyanyian NE-YO yang begitu dekat di hati serta gerak tarinya yang mengasyikkan dan kini, apabila beliau aktif mengadakan siri jelajah konsert, kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa NE-YO ke sini setelah konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun yang lalu.

Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 90-an dan 2000 akan hadir kerana NE-YO merupakan salah satu artis paling ‘top’ ketika itu.

Kami juga yakin malam konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan NE-YO,” kata Encik Rohit Rampal.

HARGA TIKET NE-YO LIVE IN MALAYSIA

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’, tiket-tiket akan mula dijual pada 5 Disember 2022 ini, terbahagi kepada 4 kategori utama, VIP (RM988), DIAMOND (RM688), PLATINUM (RM488) serta GOLD (RM288).

Pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi www.hitmanlive.com pada 5 Disember 2022, 12 PM.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM420,701.41
Ethereum (ETH) RM8,301.40
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,602.69
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.37
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM657.00
Dogecoin (DOGE) RM0.779942
Polkadot (DOT) RM17.97
Polygon (MATIC) RM0.973159
Lido Staked Ether (STETH) RM8,315.64
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM88.76