Neow dilantik pengarah komunikasi Pemuda BN

0

Neow Choo Seong yang dilantik sebagai pengarah komunikasi Pemuda BN bersama Ketua Pemuda BN Dr Akmal Saleh. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Neow Choo Seong dilantik sebagai pengarah komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN).
Ketua penerangan Pemuda MCA itu menyatakan penghargaan atas amanah diberikan dan menyeru semua ahli merapatkan saf serta  bekerja keras untuk memperkuatkan semula BN.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan amanah dipertanggungjawabkan kepada saya selaku pengarah komunikasi Pemuda BN oleh kepimpinan Pemuda BN pusat terdiri daripada kepimpinan Pemuda Umno, MCA, MIC, dan PBRS.
“Selaku sayap Pemuda dan ‘frontliners’ kepada BN, sudah tiba masanya kita merapatkan saf dan mula bekerja keras untuk memperkuatkan semula BN, selaras aspirasi pucuk kepimpinan BN,” katanya di Facebook.
Neow berkata, dalam istilah politik sering dilihat sebagai arena tanpa kawan atau lawan yang kekal, tetapi hubungan kekeluargaan dalam BN tetap menjadi tunjang perjuangan parti.
“Sepertimana yang sering diperkatakan oleh Dr Akmal Saleh (ketua Pemuda Umno), BN adalah sebuah keluarga. Walaupun setiap keluarga ada pasang surutnya, keluarga tetap keluarga yang tidak terganti.
“Hubungan kekeluargaan BN akan kekal dulu kini selamanya, ibarat air dicincang tidak akan terputus,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,966.13
Ethereum (ETH) RM7,960.98
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,589.73
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.58
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.05
Solana (SOL) RM648.17
Dogecoin (DOGE) RM0.779664
Polkadot (DOT) RM18.12
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,958.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM93.80