Nvidia setuju bantu bangun ekosistem AI di Malaysia

0

Anwar Ibrahim menyambut ketibaan CEO Nvidia, Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Yeoh Seok Hong di Putrajaya petang tadi. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Nvidia Corporation, syarikat teknologi multinasional, melihat Malaysia sebagai negara mempunyai sumber dan kemampuan untuk menyediakan keperluan serta syarat menjadi hab kecerdasan buatan (AI).

Nvidia menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan dan kini merupakan syarikat keenam terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Nvidia menyatakan kesediaan untuk menyokong hasrat Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait AI dan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem awan AI Malaysia sendiri.

“Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyentuh potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait AI. Saya tekankan Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi diterajui AI,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Petang tadi, Anwar mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Yeoh Seok Hong.

Anwar berkata, keputusan Nvidia melabur di Malaysia adalah isyarat jelas bahawa pelabur asing, khasnya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini.

Katanya, Nvidia akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL yang membina pusat data AI melibatkan pelaburan RM20 bilion.

YTL memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem awan AI berpangkalan di Malaysia.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,995.24
Ethereum (ETH) RM10,619.75
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,784.99
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.15
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.85
Solana (SOL) RM654.69
Dogecoin (DOGE) RM0.80759
Polkadot (DOT) RM17.07
Polygon (MATIC) RM0.911619
Lido Staked Ether (STETH) RM10,604.47
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM86.96