Oh!! Begini caranya kisar tebu supaya dapat ramai customer – Malaysian street food Saturday night market | Air tebu tulen pasar malam – Fresh sugarcane juice.
Air tebu fresh atau air tebu pure aka fresh sugarcane juice yang tidak dicampurkan dengan sedikit air atau ais merupakan minuman kegemaran rakyat malaysia. Walaubagaimanapun selera individu adalah berbeza terutamanya ketika musim panas terik matahari atau pada waku tengahari yang panas terik, sedikit ais dicampurkan kedalam air tebu tulen akan memberikan kelegaan dan kepuasan kepada individu dan peminat peminat air tebu.
Air tebu malaysia atau tebu tebu di malaysia mempunyai banyak jenis. Ada tebu yang manis, tebu sederhana manis, tebu kurang manis dan tak kurang juga ada tebu yang langsung tak manis. Mengikut pengalaman orang orang tertentu, batang tebu yang berbentuk lurus adalah lebih manis daripada tebu yang mempunyai batang bengkok.
Dalam menjalankan perniagaan samada di tepi jalan, di pasar malam atau di mana mana sekalipun, pemilihan jenis tebu yang tertentu terutamanya pemilihan tebu yang mempunyai air yang cukup manis akan mampu menarik ramai pelanggang dan memberikan pulangan yang lumayan. Jika air tebu kurang manis, menambah sedikit air gula dan ais ke dalam air tebu yang kurang manis masih lagi mendapat tempat di hati para peminat air tebu.