Oraco perlu libat urus telus dengan Orang Asli berkait TSKOA, kata bekas senator

0

Bekas senator Ajis Sitin berkata Oraco perlu sedia menerima pendapat dan teguran Orang Asli. (Gambar JKR)

PETALING JAYA: Syarikat Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (Oraco) perlu mengadakan libat urus telus apabila mengambil ladang Tanaman Semula Komersial (TSK), cadang bekas senator.

Menurut Ajis Sitin, kumpulan media sosial tok batin dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli ‘kecoh’ tentang syarikat dilantik Oraco memasuki ladang TSK tanpa memaklumkan mereka.

“Bagi kami perkara ini adalah serius dan sangat tidak beradab,” kata bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam kenyataan.

“Sepatutnya diberikan notis kepada batin atau JPKKOA atau adakan perjumpaan dengan penduduk, tawarkan apa-apa jawatan yang mungkin masyarakat setempat boleh bekerja untuk saraan hidup tambahan.”

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Pahang Zulkifli Yaacob memaklumkan projek TSK Orang Asli (TSKOA) diuruskan oleh Oraco melalui kaedah memungut hasil tanaman (tapping right).

Oraco merupakan syarikat milik kerajaan Pahang, dan dilantik sebagai agensi pengurus bagi melaksana 59 projek TSKOA di seluruh Pahang yang membabitkan tanah milik kerajaan negeri.

Menurut Ajis, satu lagi isu yang berbangkit ialah mengapa usahawan Orang Asli setempat tidak diberikan peluang.

“Mereka (usahawan) ini telah memohon sejak awal lagi kepada Oraco tetapi tidak mendapat maklum balas yang baik.

“Sebaliknya syarikat yang menjadi isu ini telah ditawarkan 13 TSK sekaligus. Syarikat ini juga tidak diketahui dari segi kemampuan dan prestisi kewangannya,” katanya.

Ajis mencadangkan Oraco membuat libat urus yang telus bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

“Oraco perlu berjiwa dan bersedia menerima pendapat dan teguran daripada Orang Asli. Hormatilah perasaan mereka, dan dengarlah kata-kata mereka,” katanya.

Menurut Zulkifli, ‘tapping right’ itu penyelesaian bagi mengelakkan ketirisan hasil kerajaan negeri dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang terbabit di kawasan berkenaan

Katanya, pelantikan Oraco sebagai agensi pengurus bagi projek TSKOA diketahui Jakoa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,806.29
Ethereum (ETH) RM7,716.32
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,588.10
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM629.05
Dogecoin (DOGE) RM0.744728
Polkadot (DOT) RM17.74
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM7,705.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM91.40