Parti tertentu jaja isu kaum, agama ke tahap ekstrem; Umno tak boleh biarkan

0

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyeru perwakilan melihat betapa isu perkauman dan agama menjadi modal kempen parti tertentu sehingga ke tahap ekstrem, dan mengajak mereka menyatakan pendirian tegas.
“Kita tidak boleh membiarkan masa depan Malaysia dicorakkan oleh ‘golongan kanan’ atau ‘golongan kiri’,” katanya kepada perwakilan Pemuda, Wanita, dan Puteri di perasmian perhimpunan agung sayap Umno malam tadi.
“Malaysia mesti dikembalikan ke ‘tengah’…DNA Malaysia ialah kesederhanaan.”
Beliau berkata melantik seorang dua Cina dan India, rakyat Sabah dan Sarawak dalam Jemaah Menteri bukan cara mengembalikan kesederhanaan itu.

“Kita perlukan Jemaah Menteri Malaysia yang sejati, dengan aspirasi demi Malaysia,” katanya.
Mohamad mengingatkan perwakilan bahawa sokongan bukan Melayu terhadap mereka merosot dengan amat drastik sejak beberapa PRU lepas.
Malah, Umno dalam beberapa keadaan tewas kerana tidak mampu mendapat walau 5% sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Tegasnya, Umno mesti meneroka strategi jika inginkan kelangsungan, mengingatkan bahawa parti itu “telah lama abaikan undi golongan bukan Melayu”.

Mohamad berharap langkah menyokong penubuhan kerajan perpaduan akan memperlihatkan Umno sebagai parti yang rasional, dan membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu membina semula keyakinan kepada parti itu.
“Kehilangan undi Melayu, dan tiadanya undi bukan Melayu, adalah resipi kematian Umno,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM449,009.73
Ethereum (ETH) RM11,068.76
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,847.94
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.36
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM695.26
Dogecoin (DOGE) RM0.882638
Polkadot (DOT) RM17.87
Polygon (MATIC) RM0.933958
Lido Staked Ether (STETH) RM11,071.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM91.86