Pegangan Aurad Muhammadiah GISBH sangat taasub, bahaya, kata KPN

0

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata GISBH menggunakan pegangan salah Aurad Muhammadiah dalam menjalankan perniagaan mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) menggunakan pegangan salah Aurad Muhammadiah versi sendiri dalam menjalankan perniagaan mereka.

Katanya, pegangan GISBH sangat taasub dan “mendewakan” pemimpin sehingga memutarbelitkan ajaran Islam sebenar.

Beliau berkata, doktrin itu sangat berbahaya kepada keselamatan negara, ajaran Islam sebenar di Malaysia, kebajikan serta masa depan pengikut GISBH yang bergantung sepenuhnya kepada pemimpin mereka.

“Kaedah ini mirip proses indoktrinisasi yang menjadi nilai kehidupan dipercayai dan dianuti sepenuh hati oleh pengikut GISBH,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Razarudin berkata, hasil siasatan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan.

“Ini selari dengan siasatan polis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM401,165.20
Ethereum (ETH) RM7,645.82
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,543.86
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM8.95
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM2.79
Solana (SOL) RM612.55
Dogecoin (DOGE) RM0.708628
Polkadot (DOT) RM16.53
Polygon (MATIC) RM0.928842
Lido Staked Ether (STETH) RM7,638.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM83.48