Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2018 selepas mendapat pengampunan diraja. (Gambar Reuters)
PUTRAJAYA: Usaha seorang peguam untuk mengembalikan semula tuntutannya yang mempersoalkan kesahihan pengampunan diraja Anwar Ibrahim atas sabitan liwatnya berakhir.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan cuti Khairul Azam Abdul Aziz untuk mendengar merit aduannya.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata permohonan cuti Khairul gagal kerana Lembaga Pengampunan pada 2018 telah dibentuk mengikut Perlembagaan.
Beliau berkata, soalan cuti yang dikemukakannya hanya berkaitan fakta dan bukannya undang-undang.
“Pemohon tidak memenuhi ambang untuk mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Nallini Pathmanathan dan Vernon Ong.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Previous articleIsu harga makanan naik, pengusaha kantin harap ada perbincangan dengan KPM