Pejuang tak ada masa depan politik, kata penganalisis

0

Penganalisis berkata, sukar Pejuang akan diterima dalam gabungan politik lain.
PETALING JAYA: Pejuang ditunjangi Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masa depan di negara ini dengan parti itu dilihat tidak lagi relevan, kata penganalisis politik.
“Mereka (Pejuang) kalah di semua kawasan ditandingi pada PRU15 dan Dr Mahathir sendiri tumpas di kerusinya di Langkawi,” kata Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.
Mazlan berkata, Pejuang tidak mungkin akan diterima masuk dalam gabungan politik lain termasuk Perikatan Nasional (PN).
“PN sudah menerima sokongan kuat orang Melayu. Kerjasama antara Bersatu dan PAS mencukupi dan mereka tidak memerlukan Pejuang.

“Saya tidak fikir Pejuang akan memberi nilai tambah kepada PN dalam apa cara sekalipun,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, juga berpandangan Pejuang menjadi semakin tidak relevan.
“Mereka mungkin berhasrat untuk bekerjasama dengan gabungan lain, namun saya tidak melihat sama ada dua gabungan (Pakatan Harapan dan PN) ingin bekerjasama dengan mereka.”
Katanya, Pejuang tidak mampu menambah sebarang nilai kepada dua gabungan itu.

Minggu lalu, Ketua Pejuang Selangor Harumaini Omar, berkata mereka mahu membentuk kerjasama dengan parti sealiran lain demi misi melawan rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrasi.
Calon Pejuang termasuk pengerusinya, Mahathir, tumpas di semua 125 kerusi ditandingi, pada PRU15, selain semua calon bertanding hilang deposit.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM476,381.15
Ethereum (ETH) RM11,472.56
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,935.02
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.45
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.45
Solana (SOL) RM769.95
Dogecoin (DOGE) RM1.04
Polkadot (DOT) RM21.11
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM11,472.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.19
Avalanche (AVAX) RM107.25