Pelanjutan moratorium: Maybank sediakan tiga saluran mudah

0

Kuala Lumpur: Dengan berakhirnya tempoh moratorium selama enam bulan pada 30 September ini, Maybank menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata, pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu tidak termasuk sewa beli); melalui e-mel kepada [email protected] (untuk pelanggan individu) atau [email protected] (untuk pelanggan PKS), serta boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto seluruh negara.

Pakej Bantuan Pembayaran Balik akan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dan menangani cabaran yang mereka hadapi sama ada kehilangan pekerjaan, pengurangan gaji atau gangguan dalam operasi perniagaan.

“Ini mungkin termasuk pelanjutan moratorium untuk mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020, penjadualan semula untuk melanjutkan tempoh kemudahan pinjaman/pembiayaan atau menyusun semula pinjaman/pembiayaan kepada struktur yang lebih sesuai dengan kemampuan pembayaran mereka,” katanya.

Memandangkan tarikh akhir permohonan ialah pada 30 September, bank menyarankan agar pelanggan mula memohon seawal mungkin supaya pengaturan pembayaran balik boleh diluluskan dan dilaksanakan sebelum berakhirnya moratorium.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM434,757.86
Ethereum (ETH) RM9,371.99
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,645.04
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.79
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.26
Solana (SOL) RM688.79
Dogecoin (DOGE) RM0.828775
Polkadot (DOT) RM19.08
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM9,355.25
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM94.44