LABUAN: Pelawat dari daerah tertentu di Sabah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan lebih ketat ketika memasuki Labuan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata, bergantung pada sejarah perjalanan mereka, pelawat yang meninggalkan Labuan lebih daripada 3 hari mungkin perlu menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri.
“Mereka yang pulang ke Labuan selepas berada di Lahad Datu dan Tawau sekurang-kurangnya 3 hari wajib menjalani ujian swab,” kata beliau.
“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) normal untuk mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang mempunyai peningkatan kes Covid-19,” katanya di sini, hari ini.
Ismuni juga menafikan khabar angin penduduk Labuan yang melakukan perjalanan ke luar pulau itu dalam tempoh 24 jam harus menjalani ujian swab dan kuarantin apabila kembali.
“Kami mengenakan prosedur normal, tidak perlu melakukan ujian swab jika keluar dari pulau dalam tempoh 24 jam.
“Kami juga perlu melihat status kesihatan mereka dan kriteria lain sebelum melakukan saringan,” katanya.
Difahamkan terdapat peningkatan perjalanan antara Labuan dan Sabah sejak kempen pilihan raya negeri Sabah ke -16 bermula 12 September lepas .
Hari mengundi ditetapkan pada 26 Sept ini.