Pembelian panik jejas ekonomi | Harian Metro

0

TINGKAH laku panik berikutan penularan wabak Covid-19 bukan saja memberi kesan kepada masyarakat, malah
memburukkan lagi keadaan ekonomi.

Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, pembelian panik yang berlaku beberapa hari lalu juga boleh memudaratkan situasi ekonomi semasa.

Katanya, ini kerana pembelian dalam kuantiti banyak oleh sebahagian besar pengguna dalam satu-satu masa akan mendedahkan kepada manipulasi pasaran.

“Harga akan cenderung meningkat apabila bekalan barangan yang ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan pembelian panik.

“Peningkatan harga perlu dielakkan ketika rakyat sedang berdepan dengan kekangan kewangan.

“Ia juga boleh menjejaskan aliran tunai isi rumah dan dalam situasi pertengahan bulan dan dalam keadaan sebahagian rakyat diberi cuti tanpa gaji, isi rumah sepatutnya bijak menguruskan perbelanjaan mereka,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, lebih malang sekali pembelian panik turut menjejaskan peluang orang lain untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga normal, terutama golongan berpendapatan rendah.

Mohd Yusof berkata, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1997.

“Terdapat dua pandangan yang diutarakan oleh kebanyakan ahli ekonomi dalam menerangkan mengapa negara Asia (termasuk Malaysia) terkesan teruk akibat krisis berkenaan.

“Pertama, kelemahan struktur asas ekonomi negara berkenaan.

“Kedua, tingkah laku panik oleh pelabur akibat jangkaan dan kehilangan keyakinan ke atas pasaran.

“Tingkah laku panik oleh pelabur ini didapati menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan ekonomi Indonesia dan Korea Selatan semasa krisis 1997,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM447,836.52
Ethereum (ETH) RM11,344.09
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,825.40
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM11.07
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.47
Solana (SOL) RM765.00
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM21.53
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM11,339.29
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM107.76