PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963: “GRAND DESIGN” ATAU KEBETULAN?
Panjang hujahnya. Hukum asbab-musabab (causality) dalam sejarah bukan berbentuk linear. Ada dinamika tersendiri yang wajar sejarawan kaji. Berdasarkan rekod-rekod yang baru dibuka umum (declassified) tampak ada banyak sisi-sisi tersirat yang penuh kontroversi dan kejutan, seperti contoh:
– Peranan CIA di Indonesia untuk gulingkan Sukarno.
– Tanah Melayu sebagai pusat pengumpulan US Dollar terbesar buat British dan pasal “Sterling Area”.
– Kepentingan kaum pemodal, kapitalis British seperti Sime Darby, Guthrie, Boustead, Harrison & Crossfield yang memerintah Tanah Melayu dan Malaysia sebagai “Gentlemanly Capitalism” dari The City of London.
– Rockefeller dan Kissinger dalam usaha mendapatkan kawalan dan pajakan ke atas lombong emas Grasberg di Papua.
– Malaysia sebagai “bulwark” sistem kapitalis di Asia Tenggara.
Dan banyak lagi.