Pempengaruh diarah bayar peguam senior RM150,000 kerana fitnah

0

Pempengaruh media sosial Ivor Lim merupakan seorang peguam yang beramal di sebuah firma guaman di Pulau Pinang ketika memuat naik video berkenaan. (Gambar Instagram)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang pempengaruh media sosial membayar ganti rugi RM150,000 kepada seorang peguam senior kerana memfitnahnya dalam sebuah video yang dihasilkan dan dimuat naik dalam talian.
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan bahawa Colin Andrew Pereira berjaya membuktikan kesnya berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa Ivor Lim bertanggungjawab atas fitnah terhadapnya.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi yang menghalang Lim daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadap plaintif serta mengarahkannya membayar kos sebanyak RM7,000.
Pereira, peguam dengan pengalaman lebih 30 tahun itu menyaman Lim selepas wanita itu memuat naik video yang mendakwa bahawa ‘salah satu sebab industri guaman di Malaysia sangat toksik adalah kerana peguam senior’.
Dalam videonya, Lim juga berkata: “But this guy named Colin suddenly woke up and chose violence.”
Ketika video itu dimuat naik, Lim merupakan seorang peguam yang beramal di sebuah firma guaman di Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutan difailkan pada 8 Jun 2022, Pereira berhujah bahawa kenyataan dalam video itu, apabila dilihat secara keseluruhan, boleh membawa maksud bahawa beliau menyebabkan atau menyumbang kepada suasana toksik dalam profesion guaman, dan beliau menggunakan atau menyokong untuk menggunakan keganasan.
Beliau juga mendakwa bahawa Lim membenarkan komen lain disiarkan, yang menurutnya turut bersifat fitnah terhadap dirinya.
Lim, dalam pembelaannya, bergantung kepada alasan kewajaran dan keistimewaan bersyarat.
Beliau turut menegaskan bahawa frasa ‘woke up and chose violence’ adalah slanga internet dan tidak boleh ditafsirkan secara literal.
Pereira yang mewakili dirinya sendiri dibantu oleh Gary Wong dan Jeslyn Ling, manakala peguam Elson Beh serta Eric Augustin bertindak bagi pihak Lim.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,945.25
Ethereum (ETH) RM7,823.35
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,513.56
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.29
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM625.67
Dogecoin (DOGE) RM0.735548
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM0.986095
Lido Staked Ether (STETH) RM7,819.73
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM85.91