PETALING JAYA: Sebuah pencawang Tenaga Nasional (TNB) bersebelahan Gereja Katolik Jesus Caritas di Kepong, Kuala Lumpur terbakar tadi.
Jurucakap bomba beritahu FMT bahawa gereja itu tidak terjejas dan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan.
Sementara itu, bomba dalam kenyataan berkata jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam.
“Kebakaran berjaya dipadamkan pada 9.21 malam,” kata Komander Operasi Kanan Mohd Azhar Harun.
Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah substation transformer, dan pasukan yang melakukan pemadaman berdepan kemerbahayaan arus elektrik di lokasi
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya.
FMT sedang mendapatkan komen TNB dan pihak gereja.