Pengasuh dituduh bunuh bayi 8 bulan

0

Seorang pengasuh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, minggu lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, minggu lalu.
Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee, menurut Harian Metro.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri berusia lapan bulan semasa berada di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Jalan Kelemak Utama 3, Taman Kelemak Utama, di sini, 6 September lalu, antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.
Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari.
Tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Sazali sebelum itu memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum kes boleh dipindahkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Beliau juga tidak menawarkan jaminan kerana kes bunuh tidak boleh dijamin.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 13 November depan untuk pengurusan kes.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,498.00
Ethereum (ETH) RM7,840.30
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,596.93
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.56
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM643.63
Dogecoin (DOGE) RM0.755802
Polkadot (DOT) RM17.79
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,833.03
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.27