Perkenal elemen TVET mulai tahun 1 pada 2027

0

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata elemen TVET akan diperkenalkan kepada murid tahun satu menerusi pembelajaran bersepadu pelbagai disiplin ilmu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada murid tahun satu melalui kurikulum persekolahan 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata murid sekolah rendah akan diperkenalkan elemen TVET menerusi pembelajaran bersepadu menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains, teknologi, digital, seni visual, muzik dan pendidikan kesihatan.

“Seterusnya bagi murid tahun lima dan enam, mereka akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti teknologi, sains rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pertanian.

“Pembelajaran dilaksana berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi serta digital dalam pelbagai bidang,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) sama ada KPM berhasrat memperkenalkan laluan program TVET seawal tingkatan satu bagi memberi peluang pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.

Wong berkata, kandungan, kemahiran dan nilai pelbagai bidang teknologi serta digital akan dikembangkan lagi kepada pelajar menengah rendah, iaitu tingkatan satu, dua dan tiga untuk mengenali potensi diri, seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET.

“KPM yakin melalui inisiatif yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan awal dan peluang kepada murid memilih bidang TVET selepas tamat pendidikan menengah rendah, iaitu tingkatan tiga.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM417,894.71
Ethereum (ETH) RM7,938.13
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,590.84
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.50
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM637.44
Dogecoin (DOGE) RM0.782137
Polkadot (DOT) RM17.93
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM7,929.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.67