Permit masuk hutan simpan bercanggah dengan undang-undang negeri, kata parti

0


MRL pada Isnin menjelaskan pembukaan tanah di Selangor tidak melibatkan penyahwartaan hutan simpan termasuk kawasan Taman Negeri Selangor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Parti Hijau Malaysia (PHM) berkata, permit yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan membenarkan kontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki kawasan Taman Negeri Selangor bercanggah dengan undang-undang penjagaan hutan simpan yang diluluskan di DUN Selangor.

Setiausaha Penaja PHM Abdul Razak Ismail berkata, pemilik projek ECRL Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd mungkin terlepas pandang dua undang-undang berkenaan, iaitu moratorium 25 tahun tanpa pembalakan yang diluluskan pada 2010 dan usul mempertahankan hutan simpan negeri diluluskan sebulat suara pada Nov 2020.

“Permit ‘penggunaan’ yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi membenarkan kontraktor memasuki kawasan hutan simpan dan membuat kerja-kerja pembersihan kawasan hutan adalah ‘bercanggahan’ dengan ‘semangat’ kedua-dua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan MRL pada Isnin yang menjelaskan pembukaan tanah di Selangor tidak melibatkan penyahwartaan hutan simpan termasuk kawasan Taman Negeri Selangor.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, pihaknya hanya memperoleh kebenaran daripada Jabatan Perhutanan untuk permit izin lalu bagi memudahkan kerja awal pembinaan ECRL.

Tambah Razak, kelulusan pembinaan projek ECRL melalui hutan simpan negeri perlu dibentangkan di DUN terlebih dahulu kerana ia bertentangan dengan usul mempertahankan hutan simpan.

“Kerajaan negeri juga ‘khilaf’ apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 24 Nov 2021 bersetuju dengan cadangan pindaan asal jajaran Seksyen C meliputi Bentong-Gombak-Serendah Pelabuhan Klang kerana tidak memaklumkan dalam sidang Dewan.

“Ini kerana jajaran baru landasan tren tersebut telah memasuki jauh ke dalam Hutan Simpan Hulu Gombak (dalam kawasan hutan Taman Warisan Negeri Selangor) dan Hutan Simpan Serendah,” jelasnya.

Minggu lepas, NGO alam sekitar Rimba Disclosure Project (RDP) memaklumkan berlaku “kerja-kerja pembersihan hutan” di sekurang-kurangnya empat lokasi dalam kawasan Taman Negeri Selangor.

Penemuan itu berdasarkan paparan imej satelit di Hutan Simpan Serendah dan Hutan Simpan Hulu Gombak.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,804.88
Ethereum (ETH) RM10,673.57
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,850.47
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM11.09
BUSD (BUSD) RM4.16
Cardano (ADA) RM3.53
Solana (SOL) RM748.24
Dogecoin (DOGE) RM0.996667
Polkadot (DOT) RM21.91
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM10,661.06
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM106.01