Perodua setuju beli semula Bezza rosak

0

Baru-baru ini tular di media sosial kes sebuah kereta Bezza milik seorang pelanggan, Nagakanni Subramaniam yang dilaporkan rosak tidak sampai lapan jam selepas diserahkan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perodua bersetuju untuk membeli semula kereta Bezza milik seorang pelanggan dengan harga penuh selepas isu keretanya rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam, tular di media sosial.

Pemilik kenderaan itu, Nagakanni Subramaniam berkata, syarikat tersebut juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.

Katanya, keputusan itu melegakannya yang tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan dan bayaran dibuat sebelum ini akan dipulangkan semula.

“Saya perlu membuat keputusan dalam tujuh hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini.

“Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda,” katanya.

Wanita itu turut berterima kasih kepada warganet yang membantunya dalam usaha menuntut haknya daripada syarikat terbabit.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya ‘semut’ ini.

“Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya.

Nagakanni sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.

Dia mendakwa tiada sebarang penyelesaian dengan syarikat tersebut selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537 walaupun masih rosak.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM462,244.28
Ethereum (ETH) RM10,920.38
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,869.32
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM10.00
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM745.09
Dogecoin (DOGE) RM0.972582
Polkadot (DOT) RM19.66
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM10,917.64
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM98.71