Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berkata, perolehan aset sepatutnya ditentukan oleh keperluan strategik, hasil analisis ancaman.
Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh), seorang veteran tentera berkata, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, banyak aset dibeli berdasarkan cadangan pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan ‘komisen’.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar meneliti keperluan sebenar sebelum membeli aset ketenteraan negara, kata Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh).
Khlir yang juga veteran tentera berkata, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, banyak pembelian aset dibuat berdasarkan cadangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan bagi mendapatkan “komisen”.
“Sekarang ni saya tak tahu, kalau dulu memang ada. Mereka membeli aset ketenteraan bergantung kepada nilai komisen yang bakal diperolehi berbanding dengan keperluan sebenar tentera.
“Perolehan aset ini sepatutnya ditentukan oleh keperluan strategik, hasil daripada analisis ancaman,” katanya semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Tambahnya, ada antara aset tersebut menjadi “gajah putih” kerana tidak digunakan.
Sementara itu, Khlir turut memohon kerajaan memberikan peruntukan yang adil buat semua Ahli Parlimen susulan terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk berkhidmat pada rakyat.
Menurutnya, beliau kini berdepan masalah membayar sewa pusat khidmatnya, menyebabkan pejabat itu tidak dapat beroperasi, termasuk membabitkan urusan gaji pekerja.
Beliau turut terpaksa menggunakan wang sendiri apabila menghulurkan sedekah kepada penduduk yang dilawatinya apabila mereka sakit, pada majlis perkahwinan atau ketika berlaku kematian.
Beliau berharap peruntukan itu dapat disalurkan bulan ini.
Related Posts