Persepsi orang Cina kaya tak betul, kata ahli Parlimen pembangkang

0

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini berkata, sesebuah kaum tidak patut dianggap lebih kaya daripada yang lain, sebaliknya masyarakat perlu dinilai berdasarkan status kewangan mereka, bukannya warna kulit.

Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bercakap mengenai persepsi yang menganggap orang Cina kaya, manakala orang Melayu dan India miskin.

Bagaimanapun, katanya, tidak betul untuk mengatakan orang Cina ialah komuniti paling kaya di negara ini.

“Bagi orang Cina, orang Melayulah terkaya di Malaysia kerana ‘land banks’, tanah-tanah mereka begitu banyak,” katanya di dalam Dewan Rakyat hari ini sambil menambah orang Cina tidak patut cemburu terhadap orang Melayu disebabkan tanah mereka.

Beliau berkata, generasi lama orang Cina miskin sehingga tahap mereka tiada makanan dan perlu menyerahkan anak mereka kepada keluarga lain untuk dijadikan anak angkat.

Sementara itu, William Leong (PH-Selayang) berkata persepsi orang Melayu malas dan orang Cina tamak berpunca daripada stereotaip penjajah.

“Masa sudah sampai kita keluar daripada persepsi ini.

“Dalam era baru ini, kita hendak keluarkan dan ubah minda kita tentang ‘colonial stereotype’.”

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkata ia adalah persepsi penjajah yang semua Orang Asli malas.

“Masalah kita di sini ialah pandangan ini menjangkiti rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah ini turut berlaku kepada sesetengah “cendekiawan Melayu”.

Beliau berkata, masyarakat perlu lebih matang dalam perkara ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM446,498.02
Ethereum (ETH) RM11,104.87
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,821.85
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.73
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.39
Solana (SOL) RM745.48
Dogecoin (DOGE) RM0.97957
Polkadot (DOT) RM21.02
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM11,095.57
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM103.22