Pertumbuhan ekonomi Selangor diunjur 2.09%

0

Shah Alam: Kerajaan Selangor menjangkakan pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun ini mencecah 2.09 peratus, lebih rendah daripada 2019 susulan impak pandemik Covid-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu menyebabkan banyak sektor terkesan sehingga menjejaskan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu.

“Kerajaan Selangor telah menyediakan tiga unjuran berdasarkan senario KDNK nasional iaitu pertama jika jangkaan KDNK nasional adalah 0.5 peratus maka kadar pertumbuhan ekonomi negeri adalah 2.09 peratus.

“Kedua, jika unjuran KDNK nasional pada kadar negatif 0.5 peratus, kadar pertumbuhan Selangor dijangkakan 1.07 peratus. Senario paling buruk adalah jika KDNK nasional pada paras negatif tiga peratus (maka) kadar pertumbuhan Selangor dijangka negatif 1.47 peratus,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Elizabeth Wong Keat Ping (PKR-Bukit Lanjan) berhubung pertumbuhan KDNK Kerajaan Negeri Selangor.

Mengulas selanjutnya, Amirudin berkata pelaksanaan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) juga menjejaskan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Selangor.

Menjawab soalan tambahan daripada Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) mengenai pendapatan negeri Selangor bagi tahun ini, beliau berkata kerajaan negeri telah mencapai sebanyak 90 peratus sasaran pendapatan sehingga 26 Okt lepas.

“Kita menyasarkan pendapatan RM2.2 bilion pada tahun ini dan setakat ini telah berjaya mencapai sekitar RM1.99 bilion,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM475,485.51
Ethereum (ETH) RM11,326.99
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,904.39
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM10.33
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.42
Solana (SOL) RM762.79
Dogecoin (DOGE) RM1.03
Polkadot (DOT) RM21.05
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM11,319.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM107.44