PKR Sarawak maklum MPP keputusan tak tanding PRK Jepak

0

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Jepak pada 21 Oktober dan hari pengundian pada 4 November.

PETALING JAYA: PKR Sarawak memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat dan biro politik parti itu keputusan tidak bertanding di PRK DUN Jepak.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Negeri Sarawak pada mesyuarat 25 Sept 2023 yang lepas demi perpaduan dan kestabilan politik negara,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini DAP Sarawak menggesa PKR pertimbang semula keputusan tidak bertanding PRK DUN Jepak akan datang, demi meningkatkan “semak dan imbang” di negeri itu.

Pengerusi DAP Jepak, Tonny Ung berkata tidak wajar membiarkan Sarawak diperintah secara mutlak oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), walaupun atas alasan kestabilan politik.

PRK diadakan pada 4 November susulan kematian penyandangnya, Talib Zulpilip, pada 15 September lalu.

Talib mewakili rakyat Jepak selama lima penggal dan memenangi DUN itu pada PRN12 atas tiket GPS, selepas memperoleh majoriti 6,277 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 21 Oktober.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM422,140.79
Ethereum (ETH) RM8,222.39
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,605.99
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.35
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM656.42
Dogecoin (DOGE) RM0.779152
Polkadot (DOT) RM18.16
Polygon (MATIC) RM0.981622
Lido Staked Ether (STETH) RM8,232.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM89.35