Platform Remp-itz | Harian Metro

0

VIRAL Niaga Sdn Bhd komited menyediakan platform e-dagang komprehensif bagi membantu usahawan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Nizam Mukhtar berkata, pihaknya memperkenalkan marketplace Remp-itz yang mudah digunakan serta dilengkapi sistem penghantaran.

Katanya, selain membantu usahawan tempatan, syarikat turut menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan sebagai rider Remp-itz menjelang 2021.

“Idea Remp-itz ini dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami menyediakan platform di bawah satu bumbung yang mana kami tidak mengambil keuntungan ke atas penghantar Remp-itz. Malah, caj rider hanya RM1 dikenakan kepada pelanggan.

“Sejak prapelancaran Remp-itz, kami mempunyai lebih 200 rider dan 500 usahawan yang menggunakan platform ini.

“Menjelang 2021 kami menyasarkan 5,000 usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di Remp-itz,” katanya.

Khairul berkata, pihaknya yakin platform Remp-itz mampu melonjakkan perniagaan usahawan.

“Sejak Januari lalu, lebih 3,000 pengguna memuat turun Remp-itz dan kami menjangkakan jumlah ini bertambah 100,000 orang akhir tahun ini,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM419,182.03
Ethereum (ETH) RM7,965.61
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,591.10
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.55
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM640.07
Dogecoin (DOGE) RM0.780754
Polkadot (DOT) RM17.93
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM7,963.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.15