Polis selamat amah dikurung majikan di balkoni

0

Seorang wanita yang juga majikan mangsa ditahan untuk siasatan. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dikurung di balkoni oleh majikannya sejak seminggu lalu selepas wanita itu mencampakkan nota keluar rumah untuk meminta bantuan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Bukit Aman Soffian Santong berkata, mangsa diselamatkan selepas kediaman itu diserbu, 5 petang semalam.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai keadaan mangsa yang berusia 21 tahun itu selepas dia menulis nota pada kertas dan mencampakkan keluar dari balkoni untuk mendapatkan bantuan, lapor Harian Metro.

Soffian berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pembantu rumah kepada satu keluarga warga tempatan dan diletakkan di balkoni rumah sebagai tempat tinggalnya.

“Mangsa tidak dibenarkan keluar dari balkoni rumah dan dikunci dari dalam sehingga dapat arahan untuk masuk bersihkan rumah.

“Mangsa hanya masuk ke dalam rumah berkenaan pada 5 pagi hingga 11 pagi selepas diarahkan untuk kemas rumah dan apabila selesai mangsa diarahkan berada di balkoni semula dan akan dikunci oleh majikan,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Menurutnya, mangsa yang baru seminggu bekerja dengan majikan itu hanya dibekalkan bantal dan tilam serta terpaksa tidur dalam keadaan basah ketika hujan di balkoni rumah.

“Mangsa diberikan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari oleh majikan berkenaan. Setiap hari mangsa akan dimarahi oleh majikannya dan akan dikurung,” katanya.

Soffian berkata, susulan serbuan itu polis menahan seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai majikan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM406,662.54
Ethereum (ETH) RM7,786.07
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,507.98
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.25
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.91
Solana (SOL) RM625.76
Dogecoin (DOGE) RM0.732582
Polkadot (DOT) RM16.75
Polygon (MATIC) RM0.98604
Lido Staked Ether (STETH) RM7,781.63
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.32