Polis tahan lelaki, rampas dadah RM6.4 juta

0

Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikala Devi menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media hari ini. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Polis menahan seorang bekas pemandu e-panggilan bersama 170.58kg dadah bernilai RM6.14 juta di sebuah rumah sekitar Subang Jaya, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata suspek berusia 49 tahun ditahan pada 3 petang di rumah sewa dijadikan sebagai tempat simpanan dadah, dan kejayaan itu hasil risikan pihaknya selama seminggu.
“Kita mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan rumah judi dan lelaki itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu,” katanya pada sidang media.
Sasikala berkata, dadah yang dirampas itu terdiri daripada 166 bungkus plastik dengan 111 bungkusan berlabel teh Cina manakala 55 bungkusan plastik lutsinar, yang semuanya disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Honda City dianggarkan bernilai RM18,000.
Sasikala berkata, suspek itu kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Dis ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif dan pihaknya masih menyiasat sama ada suspek tersebut terlibat dengan sindiket dadah lain.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan kerja di media sosial yang menawarkan pendapatan lumayan, tetapi proses pengambilan dan urusan kerja dibuat tanpa berjumpa dengan majikan.

Beliau berkata ini kerana terdapat laporan yang diterima pihaknya menunjukkan ia merupakan salah satu strategi untuk merekrut pengedar dadah dengan tawaran gaji sehingga RM7,000 ke RM8,000 sebulan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,504.77
Ethereum (ETH) RM7,743.83
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,553.96
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.08
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM2.82
Solana (SOL) RM623.71
Dogecoin (DOGE) RM0.726744
Polkadot (DOT) RM16.71
Polygon (MATIC) RM0.950473
Lido Staked Ether (STETH) RM7,733.35
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM83.82