CELCOM Axiata Bhd memberi pulangan sebanyak 10 peratus kepada pengguna prabayar Celcom Xpax sehingga 30 Jun apabila mereka membuat pengisian semula melalui aplikasi Celcom Life.
Tawaran inovatif ini sejajar dengan pakej rangsangan ekonomi kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Idham Nawawi berkata, Celcom adalah telco pertama di Malaysia yang membolehkan pulangan tunai sebagai usaha untuk membantu pengguna dan mengurangkan kos sara hidup, melalui teknologi mata wang digital e-dompet yang boleh digunakan bagi membeli barangan harian.
“Memandangkan pengguna terus terbabit dalam ekosistem digital hari ini, kami juga sedar mengenai wabak Covid-19 yangmemberi kesan kepada kehidupan mereka dan ekonomi negara.
“Pulangan tunai prabayar dan pascabayar Celcom akan menjadi manfaat tambahan kepada pelanggan, membolehkan mereka untuk membeli keperluan harian melalui e-dompet Boost, secara digital dan di semua kedai yang mengambil bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Celcom, pelan pascabayar MEGA yang baru dilancarkan dengan ciri Tukar Semula kini boleh dibeli dan terjual hingga 30 Jun nanti membolehkan pengguna pascabayar untuk menukar kuota internet yang tidak digunakan pada akhir setiap kitaran bil dengan pulangan tunai melalui Boost di mana 10GB bersamaan pulangan tunai sebanyak RM5.