Rais Hussin pengerusi baharu MDEC

0

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai pengerusi baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 15 Jun 2020.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Rais Hussin menggantikan Datuk Mathialakan Chelliah yang memangku jawatan berkenaan selama dua tahun.

Menurutnya, Rais Hussin adalah seorang usahawan dan berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga adalah pengarang-bersama buku berjudul ‘4IR: AI, Blockchain, Fintech – Reinventing a Nation’, kata Saifuddin dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yakin bahawa Rais Hussin akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam usaha membangunkan ekonomi digital negara.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM439,637.16
Ethereum (ETH) RM10,675.88
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,773.02
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.03
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM2.83
Solana (SOL) RM655.83
Dogecoin (DOGE) RM0.802434
Polkadot (DOT) RM16.88
Polygon (MATIC) RM0.870586
Lido Staked Ether (STETH) RM10,665.54
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM85.06