Raja Norway dapat perentak jantung

0

Pesawat SAS medevac membawa Raja Harald tiba di Lapangan Terbang Oslo pada Ahad. (Gambar AP)
COPENHAGEN: Raja Harald dari Norway akan mendapat peranti perentak jantung kekal untuk membantu dengan masalah kadar degupan jantungnya yang rendah, menurut istana negara itu hari ini selepas pemimpin itu diterbangkan ke Oslo dari Malaysia semalam menaiki pesawat perubatan.
Raja berusia 87 tahun itu menerima perentak jantung sementara pada Sabtu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman ketika lawatan peribadi ke Langkawi.
“Jangkitan kuman itu kini lebih terkawal. Baginda mempunyai kadar degup jantung rendah dan memerlukan perentak jantung kekal,” menurut kenyataan istana.
Peranti itu akan dimuatkan sebaik jangkitan kuman baginda sembuh sepenuhnya, dan pemimpin itu dijangka berada di hospital sehingga minggu depan.
Raja Harald yang menaiki takhta Norway pada 1991 adalah raja tertua Eropah. Baginda kerap dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman sejak beberapa tahun ini, selain pernah menjalani pembedahan jantung.
Putera Mahkota Haakon memangku tugas bapanya bila perlu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,286.15
Ethereum (ETH) RM10,674.69
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,846.04
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.91
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.52
Solana (SOL) RM744.89
Dogecoin (DOGE) RM0.98775
Polkadot (DOT) RM21.87
Polygon (MATIC) RM1.10
Lido Staked Ether (STETH) RM10,668.67
Shiba Inu (SHIB) RM0.000067
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM106.61