Rayuan remaja bunuh 23 mangsa di pusat tahfiz didengar 9 Mac

0


Remaja itu yang kini berusia 21 tahun disabit bersalah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 secara sengaja melakukan khianat dengan niat membunuh ketika masih di bawah umur iaitu pada usia 16 tahun.

PETALING JAYA: Rayuan remaja lelaki yang didapati bersalah membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, hampir enam tahun lalu, akan didengar 9 Mac depan.

Remaja itu yang dipenjara selama tempoh mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai penama nombor satu, kini berusia 21 tahun disabit bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020, secara sengaja melakukan khianat dengan niat membunuh ketika masih di bawah umur iaitu pada usia 16 tahun.

Dalam kejadian pada 14 Sept 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Menurut Berita Harian, peguambela, Haijan Omar, yang mewakili remaja itu, berkata tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Katanya, pada tarikh itu juga mahkamah akan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja yang didakwa dengan pertuduhan sama.

Kedua-dua remaja terbabit sebelum ini didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Mereka didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM460,954.77
Ethereum (ETH) RM10,800.83
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,847.02
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.18
Solana (SOL) RM751.64
Dogecoin (DOGE) RM0.96155
Polkadot (DOT) RM19.42
Polygon (MATIC) RM0.992466
Lido Staked Ether (STETH) RM10,789.91
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM97.48