RAMALLAH: Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin apabila pertempuran meletus ketika tentera Israel menyerbu Tebing Barat pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Tentera Israel berkata, ia sedang meneliti laporan itu.
Kementerian itu mengenal pasti mangsa korban berusia 14 tahun dan pertempuran meletus semalaman selepas tentera Israel memasuki bandar Qalqiliya di Palestin.
Penduduk berkata, sekumpulan belia Palestin melontar batu ke arah tentera di kawasan itu.
Keganasan di Tebing Barat bertambah teruk sejak 15 bulan lalu ketika rejim Zionis meningkatkan serbuannya, selain serangan jalanan dan serangan oleh penduduk Yahudi di perkampungan Palestin.