Sebanyak 2,651 projek dalam bidang perkhidmatan, perkilangan, dan sektor utama diluluskan antara Januari dan Jun.
2,651 projek yang diluluskan daripada pelaburan merupakan kenaikan sebanyak 34.8% berbanding enam bulan pertama 2022. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR: Malaysia menarik sejumlah RM132.6 bilion nilai pelaburan yang diluluskan dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).
Pelaburan dalam bidang perkhidmatan (RM82.4 bilion), perkilangan (RM44.9 bilion), dan sektor utama (RM5.3 bilion) itu melibatkan 2,651 projek dan dijangka mencipta 51,853 peluang pekerjaan.
Menurut Mida, pelaburan langsung domestik (DDI) membentuk sejumlah RM69.3 bilion daripada keseluruhan pelaburan diluluskan itu, bersamaan 52.2%; manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang RM63.3 bilion atau 47.8%.
Lima sumber FDI tertinggi dari Singapura (RM13.7 bilion), Jepun (RM9.1 bilion), Belanda (RM9.0 bilion), China (RM8.4 bilion), dan Kepulauan Virgin British (RM7.1 bilion).
Lima negeri melaporkan nilai pelaburan yang besar daripada pelaburan diluluskan itu iaitu Kuala Lumpur (RM31.7 bilion), Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion), dan Sabah (RM9.0 bilion).
Mida berkata 2,651 projek yang diluluskan daripada pelaburan itu merupakan kenaikan sebanyak 34.8% berbanding enam bulan pertama 2022.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Related Posts