RM19b bantu negara berdepan Covid-19

0

KERAJAAN dijangka memperuntukkan sehingga RM19 bilion bagi pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi untuk membantu ekonomi negara yang berdepan dengan impak penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Salih berkata, jika angka tambahan peruntukan kerajaan berkenaan benar, ia mampu memberikan suntikan ekonomi kepada industri yang terjejas.

Beliau berkata, antara industri yang dijangka menerima suntikan dana adalah industri pelancongan dan yang berkaitan dengannya.

“Industri pelancongan antara yang terjejas teruk disebabkan penularan Covid-19. Sudah pasti tambahan dana diperlukan bagi memulihkan kembali industri ini.

“Selain itu, sektor pembuatan juga dijangka akan menjadi tumpuan kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi ini kerana ia juga banyak terjejas disebabkan rantaian bekalan dari China.

“Perdagangan perlu ditingkatkan lagi, membolehkan kita mencapai sasaran KDNK,” katanya selepas pelancaran Projek Guarana National di sini, semalam.

Penganalisis dan ahli ekonomi sebelum ini juga menyatakan pakej rangsangan ekonomi itu akan disalurkan kepada sektor tertentu yang terkesan untuk mengurangkan impak penularan wabak Covid-19 kepada ekonomi negara.

Ini termasuk sektor pelancongan, pembuatan dan sektor perdagangan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada 27 Februari ini dalam usaha kerajaan mengurangkan impak ekonomi luaran berikutan penularan Covid-19.

Pakej rangsangan yang akan diumumkan itu bukan belanjawan baharu atau sebahagian daripada dasar Belanjawan 2020, sebaliknya adalah bantuan berasingan untuk disalurkan kepada sektor yang terkesan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM452,163.74
    Ethereum (ETH) RM11,121.60
    Tether (USDT) RM4.26
    BNB (BNB) RM2,834.19
    USDC (USDC) RM4.26
    XRP (XRP) RM9.66
    BUSD (BUSD) RM4.20
    Cardano (ADA) RM2.94
    Solana (SOL) RM686.96
    Dogecoin (DOGE) RM0.836573
    Polkadot (DOT) RM17.83
    Polygon (MATIC) RM0.927215
    Lido Staked Ether (STETH) RM11,114.70
    Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
    Dai (DAI) RM4.26
    TRON (TRX) RM1.15
    Avalanche (AVAX) RM90.92